Tuesday, February 20, 2007

-SEKIRANYA KITA DI TAKDIRKAN BERSAMA-

Kau yang bernama lelaki
takdirnya suatu hari nanti kita akan bersama
melayar bahtera kehidupan
Usah kau mimpikan selaut sutera keindahan
Usah kau igaukan kasih menggunung tanpa puncak
Juga usah kau harapkan...
kesempurnaan yang mutlak dari diri ini
Akuilah hakikat yang tersurat
Aku bukan Siti Khadijah
Aku bukan Siti Aisyah
mahupun Ummul Mukminin yang lain
Bukan juga Rabiatul Adawiyah wanita sufi yang terpuji
Juga tidak mencapai martabat Siti Maryam, Marsyitah, Asiah atau Sumaiyyah

Kau yang bernama lelaki
Mengertilah dengan waras keislaman
aku hanyalah wanita akhir zaman yang masih cuba
mempertahankan maruah
dan kesucian diri sebagai muslimah
berlandaskan garisanNYA
dalam mengharungi kegawatan dunia masa kini
yang serba palsu lagi menjijikkan
dengan kemampuan diri, yang tinggal sekuman cuma

Kau yang bernama lelaki
dengan keranaNYA semata-mata
tidak kutagihkan apa-apa dari mu
cuma kupinta sebuah pengertian dan kasih sayang suci
BAHAWA AKU , ADALAH AMANAH UNTUK KAMU
SEKIRANYA KITA DITAKDIRKAN BERSAMA...

..dalam dok membersihkan inbox email aku tetiba terjumpe menda neh..email neh zuril yang sent kat aku..so cam besh plak nak buh kat sini..untuk renungan kita bersama :)

5 Comments:

At February 20, 2007 8:46 PM, Anonymous Anonymous said...

huhuhu...sungguh lah berguna sajak neh & karatz auw!

 
At February 21, 2007 1:15 AM, Anonymous Anonymous said...

ngeh ngeh ngeh!!.. ;)

 
At February 22, 2007 10:41 AM, Anonymous Anonymous said...

komen utk entry di bawah: akak, jom bebila kite mengfutsalkan diri beramai2 nak? seperti uhukss aje bunyinye.. hihih!

komen utk entry ini: ye, sungguh tersentuh hatiku membaca kata2 ini..

 
At February 22, 2007 1:30 PM, Anonymous Anonymous said...

:) nak buat untuk kau yang bernama wanita plaks, ahaks

 
At February 22, 2007 5:24 PM, Anonymous Anonymous said...

to cibilz:

jom2.jom laa join akak training main2 ngan dak2 opish setiap sabtu :)

to jeketbiru:

camne plak tu? ishh nak gak aku membacanye..besh gak tu :)

 

Post a Comment

<< Home